A SAD STORY



26 JUN 2015 (JUMAAT) bersamaan RAMADHAN 9 - Semasa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan ibadah solat... Aku terdengar bunyi sesuatu.. Abang aku cuba melihat dari cermin belakang kereta.. Lalu, dia terkejut "HAH?!" . Aku tidak hairan dengan perangai abang aku...

            Setelah sahaja selesai menunaikan ibadah solat, aku pulang ke rumah.. Tiba-tiba hati aku rasa tidak selesa.. Aku keluar dari kereta dan aku melihat satu tragedi yang amat menyayat hati.. Aku telah kehilangan seekor kucing yang bernama Ninja.. Aku melihat keadaannya.. Aku sedih.. Ususnya terkeluar dari bahagian punggungnya.. Semasa aku mendengar sesuatu sebelum berangkat ke masjid.. mungkin itu bunyi tulangnya patah..Tiba-tiba, jiranku berkata.. "Tadi, waktu kereta kamu jalan... Kucing kamu ada di bawah kereta," ALLAHU! Ninja maafkan kami sekeluarga..

AKU SEDIH
AKU MENYESAL
AKU KECEWA

"SELEPAS ini siapa yang mahu bermain dengan aku? SELEPAS ini siapa yang mahu kejar kaki aku? SELEPAS ini siapa yang ingin menemanku pergi ke rumah kawan? SELEPAS ini siapa yang mahu bermain TALI di beg aku?"

          Tetapi itu semua kerja ALLAH, aku wajib percaya qada' dan qadar.. Aku REDHA............


                      SEMOGA NINJA LEBIH BAHAGIA di sana :')

MAAFKAN KECUAIAN KU... AKU SAYANG KAU, NINJA <3